LCD Text Generator at TextSpace.net

Rabu, 6 Jun 2012

Facebook Bakal Lingkup?

Salam 1Malaysia,


NEW YORK - Beberapa pelabur mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg (gambar kecil) mengetahui lebih awal bahawa saham laman jaringan sosial berkenaan adalah terlebih nilai, lapor akhbar Herald Sun semalam.
Dakwaan mereka yang dikemukakan dalam satu saman baru-baru ini turut menyatakan Zuckerberg menjual sebahagian besar saham Facebook sebelum harga saham tersebut menjunam di bursa AS.
Menurut laman berita hiburan TMZ, saman itu mendakwa bahawa Zuckerberg menyembunyikan maklumat daripada kebanyakan pelabur bahawa model perniagaan Facebook tidak cukup kukuh bagi memperoleh pendapatan pengiklanan untuk menyokong tawaran awam pada nilai AS$38 (RM121.55) sesaham.
Saman berkenaan mendakwa bahawa bank Morgan Stanley, J.P. Morgan Chase dan Goldman Sachs telah memberi amaran kepada Zuckerberg bahawa Facebook telah dinilai terlalu tinggi.
Namun, maklumat tersebut hanya didedahkan kepada kelompok pelabur Facebook terbesar sahaja.
Saham Facebook susut hampir 30 peratus sejak mula diniagakan di bursa saham AS dengan harga AS$38 (RM120) pada 18 Mei lalu.
Kelmarin, saham Facebook merosot AS$0.82 (RM2.58) kepada AS$26.90 (RM84.96). - Agensi


Siap-siap la kita semua delete gambar dalam Facebook, bukan apa takut tak sempat nak delete nanti...  Boleh jadi Facebook akan ditutup selama-lamanya....

Sabtu, 2 Jun 2012

Lelaki Makan Otak(=..=)

Hey wale-wale hey wale-wale...








WASHINGTON - Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh.Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. - AFP


yang ni baru boleh makan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...