LCD Text Generator at TextSpace.net
Memaparkan catatan dengan label Minda : Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minda : Lawak. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2011

Jumaat, 12 Ogos 2011

(Parody) Minda Lelaki Sedang Mencari Kerja

Hai semua...






Pembaca Minda Lelaki sekalian. Korang ada syarikat sendiri tak? Kalau ada Minda Lelaki nak minta kerja, duduk saja pun tak guna jugak. 


Di bawah ni maklumat Minda Lelaki yang boleh dibaca oleh semua syarikat swasta negara ini. Hehe

Nama 
Minda Lelaki Hensem


Jawatan yang Dipohon : 
Pengurus atau Pembantu Pengurus. Tetapi secara serius, apa-apa jawatan pun boleh.


Gaji yang Dikehendaki : 
RM 8000 seminggu termasuk memegang saham syarikat.


Pendidikan :
Semestinya.


Sex : 
Masih mencari orang yang sesuai.


Jawatan Terakhir yang Dipegang :
Pengurus pertengahan.


Gaji Sebelum Ini :
Kurang dari apa yang dipohon.


Waktu Sesuai untuk Bekerja :
Mana-mana pun boleh.


Cadangan Waktu Kerja :
2 p.m - 4 p.m. Isnin, Rabu, Khamis


Boleh Kami Hubungi Majikan Semasa Anda?
Jika saya ada majikan sekarang ni, perlu saya memohon di sini?


Adakah Anda Merokok?
Waktu kerja tidak. Waktu rehat ya.


Maklumat diatas cukup memuaskan hati tak? Kalau ada jawatan kosong bagi tahu Minda Lelaki tau. 

Fida dan Mamat Sepah? Bagaimana dengan aku?


Hai semua,

Ku sangkakan panas rupanya hujan di tengahari. Lama kau ku tunggu tetapi dia juga menjadi pilihan hati kau. Apa lebihnya dia? Setakat menang Maharaja Lawak. Kalau ikutkan hati mahu saja aku berlalu pergi berlayar seorang diri membawa hati lara ini.

Oh kekasihku,

Masih ingatkah dikau disaat kali pertama kita berkenalan di telefon bimbit? Di saat itu kau tersalah nombor telefon kita rancak berbual. Pada hari itu jugak lah aku mula jatuh hati pada mu sayang. Masih teringat kata-kata mu yang membuat dada ku bergelora "Good night sweet dreams" sehinggakan tiga kali berturut-turut aku mimpi basah mengenangkan mu.

Aku juga masih menyimpan gambar pertama yang telah kau kirimkan melalui Pos Laju (waktu itu tiada MMS). Bila ku buka sampul surat mu itu, baunya sungguh menusuk kalbu sehingga aku terus berlari ke tandas sambil memegang gambar mu itu. Dan aku harap kau juga menyimpan gambar yang ku kirimkan. Walaupun itu bukanlah diriku yang sebenar.

inilah gambar pertama yang kau kirimkan kepada ku..

Kekasih yang dikasihi,

Masihkah kau ingat saat-saat kita berjalan bersama menuju ke jalan bahagia? Lupakan semua itu. Hati ku hancur lebur ibarat kaca yang berderai. Mengapa dia menjadi pilihan hati mu? Hanya kerana dia tandatangan menggunakan tulisan jawi kau telah menyukainya. Tandatangan tu belum tentu betul ejaannya. Tahukah kau bahawa aku lagi terer dari dia kerana aku boleh cakap Arab dan tulis Arab.

Bekas kekasihku,

Setakat ini sahaja aku ingin meluahkan isi hati, perut dan limpa. Jangan bersedih bila baca artikel ini, tak mahu melihat kau bersedih dikala Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.

jangan la sedih.......






Nampak gayanya aku dan Jejari Runcing senasib. Mungkin aku dan Jejari Runcing akan bersama selepas ini? Siapa tahu.

_________________________________________________________________________________

Minda Lelaki tengah bosan, inilah kerja orang yang tak de kerja. Semoga bahagia Kak Fida dan Mamat Sepah.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ditangkap di dalam kereta


Hai..


Berani betul mereka ni buat yang bukan-bukan... Hehehe



Jumaat, 29 Julai 2011

::Lawak:: Surat Untuk Awek Ku

Hai..

Amacam awekku.?? Lu orait ka.?? Wa harap lu ok2 je..

Awek gua, gua tlh mbaca surat lu tempohari… Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua thadap lu bkn main… Lu ingat gua main2 ka.?? Cintan gua mdlm very deep you know.! very deep purple.! Lu tarak prasan ke?

Apa yg kurangnya gua ni.?? Cuba lu cakap! Gua ni x cukup hensem ke.?? Atau lu sudah ada balak lain.?? Lu sound gua beb.! Mentang2 lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu.! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang.?? Kalo lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jd cikgu tp x dpt. Bkn pasal gua takde kelayakan tp tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.. Lagipun jiwa gua lbh kpd seni… Tiket konsert gua semua habis jual.! Sbb tulah gua jd tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu x offer kat onglain.

Gua memang betul2 tak puas hati ni.! Lu memang bikin gua panas.! Sampai hati lu buat cam ni kat gua setelah apa yg gua dah kasik kat lu.. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat x dulu sewaktu lu & gua first time jumpa.?? Masa tu hujan... Lu takde payung.. Lu lari pegi kat bus stop.. Lu basah kuyup.. Kesian pulak gua tgk lu kesejukan.. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama2 sudah feeling2.. Gua ingat lagi lagu "Do You Know Me" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu... Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public... Lu tak ingat ke.?? Ka lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo.! Janganlah buat gua macamni.! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah.! Janganlah krn besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua.. Gua memang macamni, rocker sejati.! Lu pun tau sapa gua.. Dulu lu takdepun cam ni.. Lu tak kisahpun.! Lu layan selamba je.. Tp nape skng lu berubah.? Nampak je gua rocker tp gua pun beriman jugak, beb.! Sembahyang x tinggal wo.!

Lu pikirlah sindri,.! Gua dah curahkan segala2 kat lu.. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu.. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai.. Gua buat modal nak kawin dengan lu.. Cayalah cakap gua.! Gua tak tipu.! Btl cakap lu.! Gua harap lu pikirlah baik-baik, bhai.! Kalo 1 ari nanti gua jd rock star, lu jangan nyesal.. Gua dah takde awek lain lg. Lu sorang jelah yang gua cinta.. Awek lain gua usya diorg x layan gua cakap lu.! Gua x tipu.! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dr gua, kenang gua dlm doa makan malammu.. Sebelum gua bla, gua teringat lagu “runaway”.. Semoga lu berbahagia,.!

Yang Benar,
DIO

::Fakta:: Otak Lelaki

Hai..

Apa yang sebenarnya ada dalam minda lelaki? MindaLelaki akan jelaskan apa yang ada dalam minda lelaki.


Hehe..Betul tak minda lelaki macam ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...