LCD Text Generator at TextSpace.net
Memaparkan catatan dengan label Minda : Penulisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minda : Penulisan. Papar semua catatan

Isnin, 26 September 2011

Awas!! Permainan Lelaki Terhadap Wanita

Hai semua....

Minda Lelaki tampil dengan konspirasi terbaru lelaki terhadap wanita. Kami berasa kami perlu menyedarkan wanita di luar sana bagaimanakah lelaki miang atau gatal akan memujuk rayu anda.

Pertemuan pertama : Lelaki akan meminta nombor telefon untuk berkenalan. (Mungkin ini perkara biasa zaman sekarang)

Kedua : Berjinak-jinak mengajak anda memegang tangan. (Sesetengah daripada mereka berasa biasa akan perkara ini)

Ketiga : Mereka akan meminta izin kepada anda untuk melakukan perkara yang lebih seperti meraba-raba atau berkucupan. (Jika anda melayan permintaan mereka, anda telah terperangkap)

Keempat : Pada masa ini, mereka cuma mempunyai satu langkah sahaja lagi untuk merampas mahkota anda. Awas!! 

Kelima : Saat mereka meninggalkan anda. Ini yang paling kami tidak gemari. Dah bantai sedap-sedap, boleh blah macam tu je...

Anda masih blurrr?? Lihat karikatur di bawah.....




Semoga semua mendapat manfaat. Kepada lelaki semua, jangan marahkan saya kerana menyedarkan perempuan semua. 



Selasa, 13 September 2011

Lelaki Gatal Memerangkap Wanita

Hai semua..
ibarat lelaki gatal...


Lelaki gatal dan lelaki tak gatal? Mana satu pilihan wanita di luar sana? Sekiranya korang memilih lelaki gatal sebagai teman lelaki ini maknanya korang perlahan-lahan sedang memasuki perangkap.


Perangkap apakah?


Langkah satu : 


Lelaki gatal : Jom kuar dengan I g tengok wayang u..
Pempuan : Wah, lama I tak tengok wayang (padahal baru balik je nih)


Si lelaki gatal berjaya memasang perangkap untuk keluar bersama korang. Itu adalah langkah pertama bagi semua lelaki memasang perangkap.


Langkah kedua : *ketika berSMS.


Lelaki gatal : "Awak...Sy rindu awak, lama kita tak jumpa kan??"
Pempuan : "Yke? nanti kita jumpe tau.."


Si lelaki gatal sedang melontarkan ayat-ayat yang berbunga bagi memikat hati korang di luar sana. Pelbagai perkara akan dilakukan untuk memerangkap korang.


Di saat korang mula melayan segala permintaan si lelaki gatal ini, bermula-lah episod untuk si lelaki tersebut meminta perkara yang lebih jauh. Korang fahamkan?


Jika korang terus melayan bermakna perangkap itu semakin menghampiri dan korang akan terjerat. 


*Artikel ini bukan untuk memalukan lelaki tetapi inilah MindaLelaki!!











Ahad, 31 Julai 2011

Puasa zaman dulu-dulu, satu hari satu Ringgit

Hai...

Bulan puasa telah menjelma bukan main seronok lagi semua orang. Alhamdulillah sempat lagi kita menjumpai bulan yang penuh barakah ini.

Siapa yang paling seronok dengan tibanya bulan Ramadhan ini?  Pasti semua golongan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan ini tetapi yang pasti golongan kanak-kanak lebih gembira kerana setiap hari puasa penuh akan mendapat RM1. Hehe...Betul tak?

Cuba kali sebulan Rm30 dalam tangan senang-senang je..Hehe.. Itulah satu cara untuk mendidik anak-anak kecil berpuasa. Tak boleh guna cara kasar nanti puasa ke mana Rm30 ntah ke mana. Golongan dewasa kalau minta duit jugak memang tak malu. hehe..

Tapi tetap kesian pada satu golongan ni sebab dorang ni tak boleh nak puasa penuh walaupun dah tua. Hahaha...Bukan salah dorang pun, dah agama suruh lagu tu. Betul tak?

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan. Jangan ponteng puasa.

Jangan penuh van jenazah esok yer...

Sabtu, 30 Julai 2011

::Artikel untuk mat rempit::

Hai...

Kami di Minda Lelaki membantah Mat Rempit hidup di negara ini. Sedarlah wahai mat rempit, kamu semua ni  memang tak berguna ke? Banyak perkara yang kamu semua buat mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Meragut, merogol, mencuri, dan semua perkara yang tak baik kamu jadi hero. Bila dah kena tangkap, nak menyanyi lagu Negaraku pun tergagap-gagap itu pun nak jadi hero. Bagi satu kebaikan menjadi mat rempit. Kalau ada jawapan yang bernas, kami Minda Lelaki pun akan turut serta ke dalam arena mat rempait. Ada bran?

Setakat menang lumba dapat perempuan nak buat apa? Boleh dapat HIV ada la. Perempuan tu pun bingai juga, boleh pulak bagi segala kat mat rempit.

Tak semua perempuan macam tu tapi hakikatnya semua serah segalanya.

Gambar ini menceritakan seribu satu kehidupan mat rempit.



"lu kasi gua mati dulu, baru gua diam" 

Ahad, 24 Julai 2011

Keburukan Telefon Bimbit

Hai.....

Sekarang ni aktiviti skodeng telah tumbuh bagaikan cendawan yang beracun. Kalau zaman dulu aktiviti skodeng berlaku di tandas pada waktu malam, sekarang tidak lagi. Di tempat yang ramai orang dah keadaan yang terang pun boleh jadi aktiviti skodeng.

Cuma yang berbeza kaedahnya, zaman dulu skodeng melalui tandas rumah orang sekarang hanya menggunakan telefon bimbit. Inilah salah satu keburukan telefon bimbit.



Selasa, 19 Julai 2011

Lelaki Gila Seks Tidak Wujud

Hai..

Lelaki gila seks? OMG! Minda Lelaki ingin memperbetulkan pandangan masyarakat bahawa kaum LELAKI merupakan kaum gila seks. Kami tidak dapat menerima kenyataan separuh gila manusia-manusia di luar sana. Mana mungkin LELAKI gila seks.

Yang sebenarnya, LELAKI bukan gila seks tetapi gilakan anda yang seksi sangat-sangat (Awas kepada wanita yang seksi). Kami ni balik kerja penat-penat, lepak kedai mamak sambil pekena ayam tandori, boleh pulak geng-geng wanita berjalan dengan pakaian ketat-ketat.


Itu yang mula LELAKI jadi tak keruan. Ayam tandori ke mana apa ke mana. Siapa yang salah sebenarnya ni? Hehe.

Time tu "kayu cota" mula la tak tahu duduk diam asyik nak berdiri je kerjanya. Kalau ada yang pakai boxer, alamatnya terbonjol la jawabnya. Hahahaha.

Tiada istilah gila seks sebenarnya. Tapi ada jugak lelaki yang suka mencuri pakaian dalam wanita kan? Itu pun bukan gila seks, itu GILA NAK MAMPOS! Gila seks yang sebenarnya adalah 24 jam nak "bermain". Ha, yang ini baru la gila seks. (Tapi larat ke?)

Mungkin dia mencuri bagi kepada keluarga dia, Minda Lelaku beranggapan baik. Hehe.

Ha, yang ini tangkap gambar bawak masuk bilik air. 

"Sabun di bilik mandi, sabun.....Sabun di bilik mandi, sabunnn"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...