LCD Text Generator at TextSpace.net

Jumaat, 12 Ogos 2011

Fida dan Mamat Sepah? Bagaimana dengan aku?


Hai semua,

Ku sangkakan panas rupanya hujan di tengahari. Lama kau ku tunggu tetapi dia juga menjadi pilihan hati kau. Apa lebihnya dia? Setakat menang Maharaja Lawak. Kalau ikutkan hati mahu saja aku berlalu pergi berlayar seorang diri membawa hati lara ini.

Oh kekasihku,

Masih ingatkah dikau disaat kali pertama kita berkenalan di telefon bimbit? Di saat itu kau tersalah nombor telefon kita rancak berbual. Pada hari itu jugak lah aku mula jatuh hati pada mu sayang. Masih teringat kata-kata mu yang membuat dada ku bergelora "Good night sweet dreams" sehinggakan tiga kali berturut-turut aku mimpi basah mengenangkan mu.

Aku juga masih menyimpan gambar pertama yang telah kau kirimkan melalui Pos Laju (waktu itu tiada MMS). Bila ku buka sampul surat mu itu, baunya sungguh menusuk kalbu sehingga aku terus berlari ke tandas sambil memegang gambar mu itu. Dan aku harap kau juga menyimpan gambar yang ku kirimkan. Walaupun itu bukanlah diriku yang sebenar.

inilah gambar pertama yang kau kirimkan kepada ku..

Kekasih yang dikasihi,

Masihkah kau ingat saat-saat kita berjalan bersama menuju ke jalan bahagia? Lupakan semua itu. Hati ku hancur lebur ibarat kaca yang berderai. Mengapa dia menjadi pilihan hati mu? Hanya kerana dia tandatangan menggunakan tulisan jawi kau telah menyukainya. Tandatangan tu belum tentu betul ejaannya. Tahukah kau bahawa aku lagi terer dari dia kerana aku boleh cakap Arab dan tulis Arab.

Bekas kekasihku,

Setakat ini sahaja aku ingin meluahkan isi hati, perut dan limpa. Jangan bersedih bila baca artikel ini, tak mahu melihat kau bersedih dikala Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.

jangan la sedih.......






Nampak gayanya aku dan Jejari Runcing senasib. Mungkin aku dan Jejari Runcing akan bersama selepas ini? Siapa tahu.

_________________________________________________________________________________

Minda Lelaki tengah bosan, inilah kerja orang yang tak de kerja. Semoga bahagia Kak Fida dan Mamat Sepah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...